Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Thursday, February 16, 2012

Men are from Mars, Women are from Venus

sedangkan lidah lagi tergigit
inikan pula suami isteri



Sinopsis buku:
Pada suatu masa dahulu orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia yang menyebabkan mereka terlupa yang mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza. Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia. Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan. Men Are From Mars, Women Are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.

*********************************************************************************

Hidup berumahtangga tangga tidak lari dari cabaran dan dugaan. Kehidupan bersama sebagai suami isteri yang penuh dengan onak dan duri harus ditempuhi walau apa ranjau yang mendatang. Bersabarlah.

Mengalah tidak bermakna kita kalah. Kita mungkin menang dalam diam.

18 Feb. 2012
Kami sekeluarga ke Jusco untuk renew Jcard. mmg arini plan nk ke Popular. ade cari jugak buku ni kat internet tp ntah sejak akhir2 ni dah malas nk membeli secara online. Alhamdulillah, masuk2 je dalam Popular tu terus nmpak buku ni. Popular jual 2 set in 1. 1 lagi buku Mars and Venus Together Forever. harga dalam RM40.++ after discount 20%. Thank You Popular. 

Wednesday, February 15, 2012

Setahun sudah masa berlalu..

Lame betul x menulis dlm blog ni.hampir setahun..pejam celik harith dah setahun 1 bulan.7 batang gigi. dah berjalan. berlari pun sudah. bercakap sikit2 dah pandai. alhamdulillah perkembangan yg sgt menggembirakan hati umi dan papa. sekejap betul masa berlalu. xlama lagi bilangan keluarga kami akan bertambah. :)) harith nk dapat adik baru..insyaAllah EDD bulan 8, 2012. bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan.
Kami bercuti di Penang Disember 2011

setelah disahkan UPT positif hati gembira tidak terkata. harith akan ade kawan xlame lagi..xtaulah mcmne reaksi die nnti. papa yang peluk2 umi pun die jeles, ntah mcmne kalu dgn adik die nnti.


Pandai betul nk syg baby.mcm dah besar sgt!! comel  :)

8 weeks :)

Syukur ya Allah atas nikmat mu ini.

Friday, January 6, 2012

Morning sickness


Agak teruk jugak morning sickness untuk baby yang ni..time Harith dulu xberape teruk sgt.. kali ni kerap sakit kepala..awal2 minggu dlu, dlm minggu ke-6 - minggu ke-12 kerap rase loya, mual nk muntah..tapi xmuntah.. adelah sekali dua je muntah. tu pun sebab sakit kepala xtahan sgt sampai muntah.. setakat ni Alhamdulillah xde mabuk2 yang teruk sangat. masih boleh tahan lagi. kalau pening ke sakit kepala ke ubat die rehat je, insyaAllah lepas tu baiklah nnti..


Wednesday, December 21, 2011

Happy Birthday, Harith!

Syukur pada Allah, Harith kini dah berusia 1 tahun :) Happy Birthday bucuk umi..umi & papa sayang harith sgt2. semuga harith menjadi anak yang soleh, beriman, bijak pandai dan bahagia dunia & akhirat.


Gambar sambutan birthday Harith xsmpt nk upload lg. ni gmba sblm raya harith sibuk tlg umi nk kemas umah. bukan main hepi lagi.



Tuesday, September 20, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya untuk semua. raya tahun ni kami beraya di Muar dulu. Raya kedua nanti baru kami balik Kajang. Tahun ni agak berbeza dari tahun2 yang sebelum ni. yelah tahun ni kami beraya bertiga, tahun lepas harith masih lg dalam perut. tahun sblm tu kami masih bertunang lagi..mmm.. bila difikirkan alangkah sekejapnye masa berlalu meninggalkan kite..

Harith & Azra sibuk nk kemas umah nenek

di pagi raya :)

keluarga di Muar

dulu berdua, kini bertiga (Part I)

dulu berdua, kini bertiga (Part II)
Tahun depan mungkinkah kami beraya berempat?

Sunday, March 27, 2011

1st Anniversary

Alhamdulillah kami menyambut anniversary yang pertama di Cherating bersama si kecil Harith. masa ni Harith baru berumur 3 bulan. seronok. hati berbunga. bulat betul Harith.







Saturday, March 26, 2011

seminggu bekerja

 :: alah bisa tegal biasa ::

setelah bercuti sakan 90 hari, akhirnya hari yang tidak dinantikan telah pun tiba :( aku menjejakkan kaki semula ke tempat keje. alangkah sungguh memenatkan & sungguh mengharukan. awal pagi dah siap sedia nk hantar harith ke rumah baby sitter (kakakku sendiri). seb baik malam tu da siapkan sume brg harith (pampers, susu & baju)

selepas siap umi & papa bersarapan, kami bergerak ke rumah bs. pagi tu (isnin 21/3/11) harith masih nyenyak tidur. harith xbgn jugak bila dah smpai umah bs. xpelah, umi & papa jemput harith ptg nnti k. tggu umi tau, jgn nakal2 :) gitulah gamaknya pesan umi pada harith. sayu hati hanya Allah yg tau. :'(

rutin di tempat keje ada sedikit kelainannya. lunch hour lps makan mmg xsmpt nk tidur. xsame macam dlu mase pregnant. pas makan mmg plg sedap dapat tidur. tp skrg, ada rutin baru :) demi harith. Alhamdulillah 1st day dapat 3oz lebih. begitulah hari2 di tempat keje :)

bila difikirkan balik, boleh ke aku jd isteri & suri rumah yg berjaya? seminggu bekerja ade sikit kelam kabut. huh lagi2 bila hubby oncall. mak aiii.. xcukup tgn kdg2. baju keje umi, papa, baju harith dah berlonggok2. hari2 bekeje ni xsempat nk membasuhnya. bakul dah hampir penuh. demi menyedapkan hati sendiri, xpe2, ni sume boleh settle. awal2 ni mmg xbiasa lg. insyaAllah nnti lame2 biasala tu. alah bisa tegal biasa :)

yeah umi, CHAYOUK2!!