Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Thursday, February 16, 2012

Men are from Mars, Women are from Venus

sedangkan lidah lagi tergigit
inikan pula suami isteri



Sinopsis buku:
Pada suatu masa dahulu orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia yang menyebabkan mereka terlupa yang mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza. Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia. Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan. Men Are From Mars, Women Are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.

*********************************************************************************

Hidup berumahtangga tangga tidak lari dari cabaran dan dugaan. Kehidupan bersama sebagai suami isteri yang penuh dengan onak dan duri harus ditempuhi walau apa ranjau yang mendatang. Bersabarlah.

Mengalah tidak bermakna kita kalah. Kita mungkin menang dalam diam.

18 Feb. 2012
Kami sekeluarga ke Jusco untuk renew Jcard. mmg arini plan nk ke Popular. ade cari jugak buku ni kat internet tp ntah sejak akhir2 ni dah malas nk membeli secara online. Alhamdulillah, masuk2 je dalam Popular tu terus nmpak buku ni. Popular jual 2 set in 1. 1 lagi buku Mars and Venus Together Forever. harga dalam RM40.++ after discount 20%. Thank You Popular. 

Wednesday, February 15, 2012

Setahun sudah masa berlalu..

Lame betul x menulis dlm blog ni.hampir setahun..pejam celik harith dah setahun 1 bulan.7 batang gigi. dah berjalan. berlari pun sudah. bercakap sikit2 dah pandai. alhamdulillah perkembangan yg sgt menggembirakan hati umi dan papa. sekejap betul masa berlalu. xlama lagi bilangan keluarga kami akan bertambah. :)) harith nk dapat adik baru..insyaAllah EDD bulan 8, 2012. bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan.
Kami bercuti di Penang Disember 2011

setelah disahkan UPT positif hati gembira tidak terkata. harith akan ade kawan xlame lagi..xtaulah mcmne reaksi die nnti. papa yang peluk2 umi pun die jeles, ntah mcmne kalu dgn adik die nnti.


Pandai betul nk syg baby.mcm dah besar sgt!! comel  :)

8 weeks :)

Syukur ya Allah atas nikmat mu ini.

Friday, January 6, 2012

Morning sickness


Agak teruk jugak morning sickness untuk baby yang ni..time Harith dulu xberape teruk sgt.. kali ni kerap sakit kepala..awal2 minggu dlu, dlm minggu ke-6 - minggu ke-12 kerap rase loya, mual nk muntah..tapi xmuntah.. adelah sekali dua je muntah. tu pun sebab sakit kepala xtahan sgt sampai muntah.. setakat ni Alhamdulillah xde mabuk2 yang teruk sangat. masih boleh tahan lagi. kalau pening ke sakit kepala ke ubat die rehat je, insyaAllah lepas tu baiklah nnti..