Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers
Lilypie - Personal pictureLilypie Pregnancy tickers

Thursday, February 16, 2012

Men are from Mars, Women are from Venus

sedangkan lidah lagi tergigit
inikan pula suami isteri



Sinopsis buku:
Pada suatu masa dahulu orang planet Marikh dan Venus bertemu, lalu jatuh cinta. Mereka hidup bahagia bersama kerana mereka menerima dan menghormati perbezaan masing-masing. Kemudian mereka berkahwin dan berpindah ke bumi. Pada suatu hari yang tidak disangka, mereka semua diserang penyakit amnesia yang menyebabkan mereka terlupa yang mereka sebenarnya berasal dari planet yang berbeza. Menggunakan metafora ini bagi menerangkan konflik-konflik yang biasa berlaku antara lelaki dan perempuan, Dr. John Gray menjelaskan bagaimana perbezaan antara lelaki dan perempuan sering menjadi angkara dalam hubungan yang tidak bahagia. Berdasarkan pengalaman beliau memberi khidmat kaunseling kepada beribu pasangan dan individu, beliau memberi panduan bagaimana kita boleh mengatasi perbezaan dalam gaya komunikasi, keperluan emosi dan perilaku bagi memupuk persefahaman antara lelaki dan perempuan. Men Are From Mars, Women Are From Venus berjaya membantu berjuta-juta orang lelaki dan perempuan memahami pasangan mereka dengan lebih baik. Ia adalah alat bantu yang penting dalam membentuk hubungan suami isteri yang lebih mendalam dan memuaskan.

*********************************************************************************

Hidup berumahtangga tangga tidak lari dari cabaran dan dugaan. Kehidupan bersama sebagai suami isteri yang penuh dengan onak dan duri harus ditempuhi walau apa ranjau yang mendatang. Bersabarlah.

Mengalah tidak bermakna kita kalah. Kita mungkin menang dalam diam.

18 Feb. 2012
Kami sekeluarga ke Jusco untuk renew Jcard. mmg arini plan nk ke Popular. ade cari jugak buku ni kat internet tp ntah sejak akhir2 ni dah malas nk membeli secara online. Alhamdulillah, masuk2 je dalam Popular tu terus nmpak buku ni. Popular jual 2 set in 1. 1 lagi buku Mars and Venus Together Forever. harga dalam RM40.++ after discount 20%. Thank You Popular. 

Wednesday, February 15, 2012

Setahun sudah masa berlalu..

Lame betul x menulis dlm blog ni.hampir setahun..pejam celik harith dah setahun 1 bulan.7 batang gigi. dah berjalan. berlari pun sudah. bercakap sikit2 dah pandai. alhamdulillah perkembangan yg sgt menggembirakan hati umi dan papa. sekejap betul masa berlalu. xlama lagi bilangan keluarga kami akan bertambah. :)) harith nk dapat adik baru..insyaAllah EDD bulan 8, 2012. bulan Ramadhan bulan penuh keberkatan.
Kami bercuti di Penang Disember 2011

setelah disahkan UPT positif hati gembira tidak terkata. harith akan ade kawan xlame lagi..xtaulah mcmne reaksi die nnti. papa yang peluk2 umi pun die jeles, ntah mcmne kalu dgn adik die nnti.


Pandai betul nk syg baby.mcm dah besar sgt!! comel  :)

8 weeks :)

Syukur ya Allah atas nikmat mu ini.

Friday, January 6, 2012

Morning sickness


Agak teruk jugak morning sickness untuk baby yang ni..time Harith dulu xberape teruk sgt.. kali ni kerap sakit kepala..awal2 minggu dlu, dlm minggu ke-6 - minggu ke-12 kerap rase loya, mual nk muntah..tapi xmuntah.. adelah sekali dua je muntah. tu pun sebab sakit kepala xtahan sgt sampai muntah.. setakat ni Alhamdulillah xde mabuk2 yang teruk sangat. masih boleh tahan lagi. kalau pening ke sakit kepala ke ubat die rehat je, insyaAllah lepas tu baiklah nnti..


Wednesday, December 21, 2011

Happy Birthday, Harith!

Syukur pada Allah, Harith kini dah berusia 1 tahun :) Happy Birthday bucuk umi..umi & papa sayang harith sgt2. semuga harith menjadi anak yang soleh, beriman, bijak pandai dan bahagia dunia & akhirat.


Gambar sambutan birthday Harith xsmpt nk upload lg. ni gmba sblm raya harith sibuk tlg umi nk kemas umah. bukan main hepi lagi.



Tuesday, September 20, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya untuk semua. raya tahun ni kami beraya di Muar dulu. Raya kedua nanti baru kami balik Kajang. Tahun ni agak berbeza dari tahun2 yang sebelum ni. yelah tahun ni kami beraya bertiga, tahun lepas harith masih lg dalam perut. tahun sblm tu kami masih bertunang lagi..mmm.. bila difikirkan alangkah sekejapnye masa berlalu meninggalkan kite..

Harith & Azra sibuk nk kemas umah nenek

di pagi raya :)

keluarga di Muar

dulu berdua, kini bertiga (Part I)

dulu berdua, kini bertiga (Part II)
Tahun depan mungkinkah kami beraya berempat?

Sunday, March 27, 2011

1st Anniversary

Alhamdulillah kami menyambut anniversary yang pertama di Cherating bersama si kecil Harith. masa ni Harith baru berumur 3 bulan. seronok. hati berbunga. bulat betul Harith.







Saturday, March 26, 2011

seminggu bekerja

 :: alah bisa tegal biasa ::

setelah bercuti sakan 90 hari, akhirnya hari yang tidak dinantikan telah pun tiba :( aku menjejakkan kaki semula ke tempat keje. alangkah sungguh memenatkan & sungguh mengharukan. awal pagi dah siap sedia nk hantar harith ke rumah baby sitter (kakakku sendiri). seb baik malam tu da siapkan sume brg harith (pampers, susu & baju)

selepas siap umi & papa bersarapan, kami bergerak ke rumah bs. pagi tu (isnin 21/3/11) harith masih nyenyak tidur. harith xbgn jugak bila dah smpai umah bs. xpelah, umi & papa jemput harith ptg nnti k. tggu umi tau, jgn nakal2 :) gitulah gamaknya pesan umi pada harith. sayu hati hanya Allah yg tau. :'(

rutin di tempat keje ada sedikit kelainannya. lunch hour lps makan mmg xsmpt nk tidur. xsame macam dlu mase pregnant. pas makan mmg plg sedap dapat tidur. tp skrg, ada rutin baru :) demi harith. Alhamdulillah 1st day dapat 3oz lebih. begitulah hari2 di tempat keje :)

bila difikirkan balik, boleh ke aku jd isteri & suri rumah yg berjaya? seminggu bekerja ade sikit kelam kabut. huh lagi2 bila hubby oncall. mak aiii.. xcukup tgn kdg2. baju keje umi, papa, baju harith dah berlonggok2. hari2 bekeje ni xsempat nk membasuhnya. bakul dah hampir penuh. demi menyedapkan hati sendiri, xpe2, ni sume boleh settle. awal2 ni mmg xbiasa lg. insyaAllah nnti lame2 biasala tu. alah bisa tegal biasa :)

yeah umi, CHAYOUK2!!

Thursday, March 10, 2011

Harith: 2 months old

:: insan terhebat umi & papa ::

gelagat harith dr mulut muncung2 bercerita panjang dgn umi, tersengeh2 smpailah kepenatan mintak susu & ditidurkan :)
ragam si kecil 2 bulan ini mencuit atiku. makin besa si harith ni, makin banyak & makin pandai kerenah die. umi & papa je yg tahan nak melayan. nenek ngan atok kadang2 xlarat nk layan. kalau layan xpayah dukung xpe, ni nk mintak didukung.. kalau menangis lagi la, sume org xtahan.. nangis kuat sampai xbuleh nk buat keje lain, kene ngadap die je.. kadang tu siap terbatuk2 menangis haa.. sabo je la anak umi yg sorg ni :) tp sebenarnya, sng je kalau kite dah tau ragam si harith ni..

menangis. 

alah biasalah, budak kecik memang menangis. kalau xmenangis nanti pelik pulak, risau pulak mak bapak nape anak aku xnanes2 ni? jgnlah risau selagi die xmenangis yg berpanjangan, kalau asik menangis je pun, risau jugak. harith kalau menangis, memang xhengat dunia, abis die melalak.. bukan umi & papa die je yang kelam kabut, seisi rumah ni jadi xtentu hala.. xkiralah kat umah ke, kat shopping complex ke, nak mandi ke..haaa sume die nak nanes kuat2. xreti die nk nanes pelan2. umi dah kenal dah kamu harith.. :)

macam2 sebenarnya yg die nak kalu die menangis.. bukan semestinya nk menyusu je.. harith kalau menangis;
  1. ofkosla kite akan pikir, oohh die lapa ni..haa ape lg, bagila susu. bila die diam, haa mmg btulla die lapa.. karang dah kenyang, mmg manis sgt muke die..tersengeh2 kekenyangan :) comel sgt. tp kalo kite nk kasi susu die xnk, ade la tu benda lain yg die nak...
  2. kalau xlapa, ada bau ;p mesti die berak. hehe..kene cuci ni..budak kecik mesti xsuke benda geli2 kat tot die, die rimas..so, pe lagi, tukarla diaper die. harith tau kalau umi tgh tukar diaper die, die diam je tgk muke kite.. sure dlm ati die kate, " mekaseh umi, legaaaa"
  3. xpun pampers die penuh..haa yg ni pun kene tukar :)
  4. kenyang dah, tukar pampers pun dah..die nanes jugak..haa yg ni mesti nk tdo..memandangkan harith kecik lg, so kene dodoi lah die..lum pkai buai lg, rocker pun lum bli lg..xkiralah kat mall ke, kt umah ke, same je..bila umi dah xlarat, papa pulak..papa xlarat, umi pulak..gitulaa ;)
  5. kadang2 die bukan nk tdo pun, susu pun xnak..ni saje nade2 la tu..nk mintak dukung..makin die besa makin die xnk baring sndiri ats katil, sibuk dah nk angkat2 kepala die yg xberapa kuat lg tu ;p tgn pun dah hulur2 kt kite mintak diangkatnya..hai..harith2..


Friday, March 4, 2011

pantang 44 hari

berpantangkah?
tidak ku sangka sebegini rupanya berpantang..dari ujung rambut smpai ujung kaki, sumenye kene jaga..kalo x org kate nnti bentan :(

apa yang best mase berpantang :)
  1. hehe, ofkosla makan sume terhidang..tp jgn jeles bila tgk lauk org tak berpantang lg byk dr lauk kite yg tgh berpantang..jgn pura2 silap amek lauk org sebelah..naye nnti ;p
  2. asik mkn je..kalo nk kira 5-6 kali mkn..stat dr minum pagi sarapan, mkn tghhari, mnum ptg, mkn malam n mnum malam..beusaha utk bykkan susu badan :)
  3. duduk saja ;) hehe..mksudnya, kite xdibenarkan sama sekali buat keje berat..time ni la hubby kene gosok baju sendiri (kesian pulak tgk)
apa yg xbest mase berpantang ;(
  1. makan lauk yg tertentu je..uwaa..setiap ari2 lauk yg sama..ikan kukus..ikan rebus..
  2. tdo kene baring bantal tinggi..kaki xboleh bengkok2..xboleh ngiring.. ;( kene tegaaaaakkkk je..huh
  3. kene minum air ibu kunyit..3 hari berturut..huih rase die..mak aiiiiii
ape lg ntah..tu je setakat ni yg ingt..alhamdulillah dah selamat 44hari aku berpantang..mcm2 kerenah, mcm2 ragam..harith pun mcm2 ragam jugak die time pantang ni.. tp xpe, mmg budak kecik mcm ni ;)

day 45 kami terus ke KL..berjalan2 ;) lepas gian..hehe

Monday, February 28, 2011

Harith: Majlis Aqiqah & Kesyukuran

:: syukuri nikmat Tuhan ::



alhamdulillah harith yg kini berusia 2 bulan selamat diaqiqahkan.majlis berlangsung diumah nenek johor :) tema majlis kami pilih ijau..pakai je baju mane yg ada.jimat, xpyh nak tempah baju baru.harith je yg pakai baju baru umi belikan. special utk aqiqah.nk pkai bju melayu tp bujang ni kecik lg.insyaAllah tggu raye nnti k syg :)

nenek & atok kajang pun datang jugak.meriah rase majlis ni, walaupun xramai kawan2 yg datang disebabkan hal masing2 yg xdpt dielakkan tp harith tetap gumbira di samping saudara-mara yg ada :)

Harith, anak umi..jadilah insan yg terhebat di mata umi & papa. umi & papa syg harith sgt2 :)

Tuesday, December 21, 2010

Muhammad Harith Hifzhan

setelah lama xmenulis dlm blog ni..sunyi sepi dek kerana sibuk menguruskan blog yg satu lg..sampaikan si kecik telah keluar melihat dunia..barulah umi rase perlu untuk mencoretkan sesuatu semula..



21 disember 2010
tarikh keramat ku kirakan.. malah pengalaman yang paling tidak akan kulupakan sepanjang hidupku ;)mmg betul kata org, bersalin tu mmg sakit (terngiang2 rasa sakit melahirkan harith - yg kini dah masuk usia 2bulan)

jika diikutkan REDD, aku dijangkakan bersalin pd 19 disember..tunggu punya tunggu, xde pun tanda2 yg keluar..contraction makin kerap..tp si kecik masih belum bersedia utk melihat dunia..

20 disember, aku dan abg pergi ke Klinik An-nur utk check-up..berdebar rasa dlm hati..apa agaknya kata doktor nnti..ingt lg muka Dr. fatimah yg tersenyum manis memberitahu yg bukaanku dah 4cm..huh?? aku disuruh utk masuk ke wad kerana mungkin bila-bila masa sje lg si kecil ku akan menjengahkan diri ;)

memandangkan brg2 persiapan blum kubawa sekali, kami decide utk balik semula ke rumah & datang semula ke wad selepas solat zuhur..sepanjang perjalanan ke rumah, hati & perasaanku hanya Allah saje yg tahu. tp, dalam getar itu, sempat juga ku order cendol..mungkin2 si kecik ni nk mkn cendol dlu..

dlm pkul 3ptg, aku mendaftar msuk wad..seharian menunggu tiada tnda2 aku nk bersalin..contraction tetap berterusan..bukaan masih 4cm..

21 disember, masih sama jugak..4cm..abg da risau..yela, contraction dah kuat,tkut si kecik distress kt dlm perut..takut tak takut, abg kate kite induce.. Dr. Fatimah pun kate yg same..aku pun kate yg same sbb dah xlarat nk menunggu dah..si kecik mesti dikeluarkan ;)

10am- berjalan kaki ke labourroom..dgn seram sejuknye, air ketubanku dipecahkan..selang 2minit kemudian, sakit itu dtg naturally tnpa bntuan ubat-ubatan..perutku rase memulas2,rase mcm nk buang air besar..time ni mmg xtahan sakit yg amat sgt..pusing ke kiri, pusing ke kanan, tetap tak reda sakit itu..mujurlah abg ada di sampingku.. sampai satu tahap, sakit yg kutanggung tidak terbendung, aku nk ubat tahan sakiiiittttt..

abg kate xpyh..cube tahan..abg yg tidak sanggup melihat kesakitan ku itu, menyatakan hasrat itu kpd bidan..kmdn, bukaan ku diperiksa..masyaAllah..subhanallah..berkat surah Maryam, bukaanku kini 8cm sejam slps air ketubanku dipecahkn.. sakitku semakin menjadi..aku dah mula nk meneran..abg pesan jgn teran dlu sbb nnti penat bila nk teran betul2 nnti..aku jadi x keruan..staff nurse dah siapkn sume persiapan utk bersalin..

ahh..bersediakah aku?

dgn petua & pesan yg abg bgtau.. alhamdulillah 11.37am, si kecik yg ku hurung ke hulu ke hilir 9 bln selamat kulahirkan..


boy, 3.5kg ;)

thank you Allah

Tuesday, June 22, 2010

Selamat Hari Lahir, Syg :)

:: simple but adorable ::

rasenye ni tema yg plg sesuai sekali dgn entry kali ni :) kadang2 beria2 kite plan nk smbut party tp xmenjadi seperti yg diharapkan..walhal adalah lebih baik plan simple2 tp jadi sehebat yg xtersangka.memang kene skali dgn party 2 in 1 kami ni..sbnrnye nk buat surprise father's day utk papa to be, tp diri sendiri yg kene suprise birthday parti :) syok skali.. thanx abg

tersenyum lebar mommy to be dgn mknn & hadiah ksygn (@ secret recipe, alamanda putrajaya)
minuman terhebat :)
gojes indulgence faveret kami :)
for papa to be :p
luv u, darling :)

Sunday, June 20, 2010

9 bulan [part II]

4 bulan usia kandunganku :)
kami ke JB menghadiri majlis perkahwinan kawan baik hubbyku :) sambil menyelam minum air, kami mengambil kesempatan masa yg ada utk berehat2 & bersantai2 di JB :)

percutian ni sgt singkat, tp cukup bermakna :)

Friday, May 21, 2010

9 bulan [part I]

3 bulan usia kandungan :)
kami sekeluarga bercuti di cameron :) merehatkan minda dari hiruk pikuk tempat keje yg sentiasa penuh dgn pesakit.sekali-sekala bercuti terasa ringan badan dan kepala.perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam nk sampai ke tmpt penginapan kami.dgn jalan yg belok2, kepala & perut mula menunjukkan tanda2 utk memuntahkan isi.mungkin ni penangan 'morning sickness' si kecilku ;p

banyak lokasi menarik yg kami tuju.seronok sakan jalan :)

air strawberry ni sgt sedap. masam2. mmg kene dgn perut :)
x menang tgn nk membeli ;p
bunga2 ros ni sgt murah (3 bungkus RM15 je)
kat tempat cactus. byk sgt cactus. konon nk beli tp takut xterjaga pulak.
dikelilingi cactus yg sgt byk
kami ke ladang teh boh. sejuk dan angin sepoi2.
always in luv.waahhh
welcome :)
teh boh

kilang memproses teh boh. bau kt tempat ni mcm bau inai :)
percutian yg menarik. jom jalan lagi ;)